NUR KHAIRAT

KATA ALUAN PENGERUSI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah & Penyayang

Assalamualaikum W.B.T

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat menjalankan perkhidmatan berkaitan pengurusan jenazah yang melibatkan umat Islam. Saya dapati sering berlaku masalah kekurangan kewangan untuk menguruskan jenazah dikalangan keluarga Si mati.

Maka inilah sebahagian daripada cara yang dapat membantu dan meringankan bebanan kepada keluarga Si mati melalui caruman mana-mana pakej Nur Khairat, yang menyediakan Perkhidmatan Tanpa Tunai pada hari kematian.

TUJUAN DAN MATLAMAT

Saya berharap umat Islam di Malaysia khususnya di Sabah dapat mengambil peluang ini kerana pakej yang ditawarkan mampu di carum oleh semua lapisan masyarakat. Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah (PPIS) bersama Nur Khairat adalah satu badan yang memberi fokus kepada Pengurusan Jenazah Lengkap yang pertama di Sabah, kami berperanan sebagai pembantu dan penyelenggara serta pelengkap kepada pengurusan jenazah yang sistematik dan mengikut kehendak hukum syarak seiring dengan perkembangan dalam teknologi pada hari ini, kami dapat dihubungi melalui pelbagai saluran sosial media pada masa kini seperti facebook, website dan lain lain.

Saya harap agar semua kakitangan jabatan, ahli-ahli persatuan, badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan dan semua masyarakat di Sabah ini dapat kami berikan penerangan serta taklimat untuk persediaan awal mereka terutama di pedalaman Sabah.

Wassalam,

Dato Nani Bin Sakam
Yang Dipertua Pertubuhan Penyatuan Islam Sabah

Pengerusi Eksekutif NUR KHAIRAT